Selasa, 5 Ogos 2014

PAS perlu hormati hak PKR tentukan tentukan MB Selangor

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Datuk Saifudin Nasution menegaskan PKR tetap dengan pendiriannya bahawa Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan menggantikan Tan Sri Khalid Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.    
 
"Mesyuarat majlis kepemimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai, yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi PAS, juga telah bersetuju untuk menghormati hak PKR untuk menentukan calon Menteri Besar Selangor. 
 
"Jadi tidak timbul isu PAS mahu mana-mana 'calon kompromi' dari PKR menjadi MB Selangor," kata Saifuddin yang dipetik The Malaysian Insider.
 
PAS hari ini dilaporkan telah mengesyorkan wakil rakyat Ijok, Dr Idris Ahmad sebagai calon kompromi untuk memecahkan kebuntuan pemilihan calon jawatan Menteri Besar Selangor. 
 
Akhbar Sin Chew memetik sumber PKR berkata parti itu dijangka menamakan pakar sakit puan itu sebagai calon kompromi, untuk menamatkan krisis yang mengancam untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. 
 
"Apabila pemimpin tertinggi PAS telah bersetuju bahawa PKR berhak untuk memilih calon menteri besar, tidak berbangkit bahawa ketua PAS Selangor tidak bersetuju atau PAS Selangor tidak bersetuju. 
 
"Sehingga hari ini, PKR hanya mempunyai seorang calon untuk menggantikan Khalid, dan beliau adalah Dr Wan Azizah," kata Saifuddin. 
 
Sin Chew melaporkan Khalid tidak mempunyai bantahan terhadap Dr Idris dilantik sebagai MB dan istana Selangor juga dijangka tidak akan menolak pelantikan Dr Idris sebagai pengganti Khalid. 
 
Kerusi Ijok sebelum ini dipegang oleh Khalid sebelum pilihan raya umum 2013. 
 
Krisis Menteri Besar Selangor itu telah mencetuskan keretakan dalam Pakatan Rakyat selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan sokongan beliau terhadap Khalid untuk kekal sebagai MB. 
 
Pemimpinan PAS akan bermesyuarat pada 10 Ogos untuk menentukan sama ada parti itu akan menyokong Dr Wan Azizah.
 

Tiada ulasan: