Jumaat, 22 Ogos 2014

Panggung wayang turut berkabung tanda solidariti untuk MH17

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Pemilik panggung wayang utama negara TGV Cinemas Sdn Bhd (TGV) dan Golden Screen Cinemas (GSC) akan turut berkabung sempena hari perkabungan negara esok.
 
Ketua Pegawai Eksekutif TGV, Gerald V Dibbayawan berkata, pihaknya akan memberi peringatan kepada pengunjung agar bersedia untuk bertafakur selama seminit pada waktu bertafakur serentak seluruh negara, yang dijangkakan pada bila-bila masa bermula 10.30 pagi.
 
"Sepanjang Jumaat, kita juga akan meminta pengunjung untuk bertafakur mengikut kepercayaan agama mereka sebelum tayangan sesebuah filem bermula di 22 panggung wayang TGV seluruh negara," katanya kepada Bernama.
 
Mengikut kebiasaan, TGV akan menayangkan filem pertama untuk hari tersebut selepas jam 10 pagi.
 
Semua kakitangan TGV juga akan memakai pakaian berwarna gelap untuk hadir bekerja esok, manakala barisan hadapan syarikat seperti penjaga kaunter tiket akan berpakaian hitam tanda berkabung, tambah Gerald.
 
Jurucakap GSC pula berkata petugas GSC juga akan berpakaian gelap atau hitam, selain meminta pengendali panggung wayang milik mereka menurunkan hiasan sempena Hari Kemerdekaan selama sehari.
 
"Sebagai tanda solidariti kami, iklan yang disiarkan pada televisyen plasma di semua 28 panggung wayang seluruh negara akan disiarkan secara hitam putih," katanya.

Tiada ulasan: