Isnin, 18 Ogos 2014

Orang Asli bantah projek pelancongan agro

MALAYSIAKINI


 


Penduduk Orang Asli Kampung Pawong berhimpun di Simpang Pulai pagi tadi bagi menyatakan bantahan selepas mendakwa tanah adat mereka diceroboh.

Memetik penduduk tempatan, ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye berkata, tanah kira-kira itu 300 ekar terletak 7km dari kampung itu dilulus kerajaan negeri untuk projek pertanian dan pelancongan agro.

Seramai 26 buah keluarga tinggal di kawasan itu kawasan penempatan awal nenek moyong mereka itu, katanya.

Lee berkata, tanah itu amat penting kepada Orang Asli kerana kehidupan mereka bergantung kepada tanaman kebun dan pungutan hasil hutan.

Beliau yang juga timbalan PKR Perak berkata, semasa sesi dialog bersama penduduk kampung, “penindasan” itu bukan kes terpencil di kalangan masyarakat itu.

Katanya pada 2012 pernah bersama penduduk Kampung Pos Raya menyuarakan bantahan keras terhadap projek sebuah yayasan dan ia berjaya dihentikan.

Lee menggesa pihak kerajaan memandang serius kes itu supaya pencerobohan tanah adat dihentikan dengan serta-merta.

Beliau juga mengecam keras kerajaan dan pemaju yang tidak prihatin terhadap komuniti itu.

Isu pencerobohan tanah adat Orang Asli juga dirancang dibawa ke sidang parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi yang akan datang.

Tiada ulasan: