MALAYSIAKINI
Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini
memohon maaf kepada Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin kerana
menjejaskan nama baiknya melalui sebuah kenyataan sebelum ini.
Berikut permohonan maaf Nurul Izzah:
Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR merujuk kepada kenyataan media saya
yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum
Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk “Dato’ Raja Nong Chik Zainal
Abidin’s Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land
from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward
Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million”.
Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang
telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik
Bin Dato’ Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan
bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.
Saya kesal dengan kenyataan tersebut.
Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di
atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan
saya di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan