Selasa, 19 Ogos 2014

N.Surendran Diperintah Bayar Wang Jaminan RM5,000, Mengaku Tidak Bersalah

Alif Mustapha


alt
 
 
 
KUALA LUMPUR  - Mahkamah hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran membayar wang ikat jamin berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan satu artikel bertajuk ‘ Press Release: Court of Appeal’s Fitnah 2, Written Judgement is Flawed, Defensive and Insupportable’, empat bulan lalu.
 
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.
 
"Tuduhan ini berasaskan politik.Saya mengaku tidak bersalah," katanya.
 
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Malaysiakini.com, No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Brickfields, di sini kira-kira pukul 3.40 petang, 18 April lalu.
 
Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Tiada ulasan: