Ahad, 3 Ogos 2014

NGO gesa bantah kenaikan drastik kadar tol CIQ

MALAYSIAKINI


 


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor menggesa operator kenderaan awam dan pihak-pihak yang berkepentingan membantah kenaikan drastik kadar tol di pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru yang merupakan pintu masuk ke Singapura.

"SAMM Johor juga menyeru operator kenderaan awam yang terlibat, kelompok pekerja dan mana-mana pihak berkepentingan untuk terus bangkit memprotes keputusan yang menekan dan tidak mesra ini agar menjadi pengajaran kepada pihak konsesi dan kerajaan pemerintah sehingga mereka mendengar suara dan rintihan rakyat terbanyak," kata penyelaras bersama SAMM Johor, Mohd Azrol Ab Rahani.

Desakan itu dibuat selepas kadar tol di CIQ dinaikkan 470 peratus walaupun dibantah oleh pihak pembangkang dan pelbagai pihak.

Pada hari pertama kenaikan itu semalam, trafik di CIQ sesak teruk selama lebih tiga jam sejak jam 5 pagi kerana beberapa pemandu bas kilang enggan membayar tol baru itu.

Mohd Azrol berkata beliau bersetuju dengan caj ke atas kenderaan asing yang memasuki Johor tetapi tidak melalui kenaikan kadar tol tersebut kerana ia memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia yang mengenakan.

Oleh itu, beliau menggesa kerajaan persekutuan mengkaji semula keputusan memberi kebenaran kepada konsesi untuk menaikkan kadar tol.

"Kerajaan persekutuan seharusnya mengenakan kadar Permit Kemasukan Kenderaan Berpandaftaran Asing yang lebih tinggi daripada memilih untuk menaikkan kadar bayar tol EDL," katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: