Rabu, 20 Ogos 2014

MP PAS: Tak masuk akal bubar DUN sekarang

MALAYSIAKINI



 


MP Sepang, Hanipa Maidin menolak sebarang usaha untuk membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan di negeri itu.

Katanya, cadangan seperti itu “sangat tidak masuk akal” memandangkan majoriti rakyat kini menyokong presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar baru.

Menurutnya, dalam senario sekarang, pihak istana Selangor tidak mempunyai pilihan selain merestui presiden PKR itu bagi menggantikan MB sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jika benar laporan yang menyatakan Tan Sri Khalid berhasrat ingin berjumpa Sultan hatta berjumpa Sultan di luar negara bagi meminta dibubarkan DUN bagi saya tindakan itu tidak sah dan tidak bertanggungjawab.

"Malah, ia sesuatu yang sangat tidak masuk akal di sisi undang-undang dan sistem demokrasi berparlimen ala-Westminster yang diamalkan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: