PUTRAJAYA: Waktu bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah
mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 sempena istiadat penerimaan
jenazah mangsa tragedi itu Jumaat ini adalah antara 10.45 hingga 11.15
pagi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
berkata selain hadirin di lokasi istiadat di Kompleks Bunga Raya,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), orang ramai yang
tidak dapat hadir turut diminta bertafakur sebagai tanda penghormatan
terakhir.
"Kita
minta rakyat semua bertafakur walaupun di mana mereka berada... di
rumah, di pejabat, di sekolah dan kenderaan juga diminta berhenti
seketika pada waktu berkenaan.
"Kita akan maklumkan melalui siaran radio dan televisyen waktu untuk
setiap orang bersedia untuk bertafakur selama seminit. Bagi beragama
Islam boleh membaca al-Fatihah dan bukan Islam berdoa mengikut
kepercayaan agama masing-masing," katanya dalam sidang media Istiadat
Penerimaan Jenazah Warga Malaysia Tragedi MH17 di sini hari ini.
Sidang media itu diadakan bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong
Lai, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri
Rohani Abdul Karim dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk
Jailani Johari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan