Teoh mangsa pertama yang terkorban dalam nahas MH17 yang berjaya dikenalpasti.
PETALING JAYA: Tiga minggu selepas pesawat MH17 ditembak jatuh, identiti seorang rakyat Malaysia berjaya dikenalpasti, menurut sumber.
Elaine Teoh, 27, yang berasal dari Pulau Pinang, dipercayai rakyat
Malaysia pertama yang berjaya dikenalpasti oleh pakar forensik di
Belanda.
Alumni Universiti Melbourne berkata identiti mangsa berjaya dikenalpasti dalam tempoh dua dan empat hari lalu.
Pihak polis telah menghantar wakil untuk memaklumkan kepada keluarga Teoh untuk pengesahan.
Difahamkan teman lelaki mangsa Emiel Mahler, 27, yang bersama-sama
dengan Teoh dalam pesawat berkenan masih belum dapat dikenalpasti
sehingga kini.
Teoh dan Mahler sedang bekerja dalam sektor kewangan di Melbourne
dalam perjalanan ke Malaysia selepas menikmati percutian mereka di
Portugal dan Belanda.
Sebelum ini pernah dilaporkan, teman baik Teoh, Tan Sook Then
sepatutnya menjemput pasangan ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) pada 18 Julai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan