Rabu, 13 Ogos 2014

MB: Exco dipecat diberi masa cukup kosongkan pejabat

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM : Lima ahli Exco dari PKR dan DAP yang dipecat diberi tempoh antara seminggu hingga dua minggu untuk mengosongkan pejabat masing-masing ekoran penamatan tugas mereka mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau akan memberi masa yang secukupnya kepada Exco terbabit untuk mematuhi arahan ditetapkan setelah mereka tidak lagi dibenarkan untuk meneruskan tugasan.

Bu5JbWEIEAAHILg

 Bagaimanapun beliau menggalakkan kesemua bekas Exco berkenaan untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) bagi mengadakan perbincangan secara telus dan bertanggungjawab dalam pentadbiran.

“Kita akan memberi masa yang secukupnya dan mereka juga digalakkan jika mempunyai masa untuk hadir dalam mesyuarat MTES tetapi bukan sebagai ahli Exco bagi berbincang secara telus dan bertanggungjawab dalam mencari keputusan penting berhubung pentadbiran negeri.

“Biasanya kita memberi satu atau dua minggu untuk (Exco) mengemaskini (pejabat) dan saya difahamkan juga ada dua pejabat Exco sudah dikosongkan sejak Ahad yang lalu,” katanya dalam mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

Semalam, Abdul Khalid telah menulis surat bagi meminta perkenan Sultan Selangor supaya lima Exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya digugurkan serta-merta.

Tiga anggota Exco daripada DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah sementara anggota Exco daripada PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi.
EZY

Tiada ulasan: