Jumaat, 8 Ogos 2014

Masa depan Khalid diputuskan esok - Tan Kee Kwong

Oleh Shawaliah Hadir
Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Dr Tan Kee Kwong memberitahu bahawa parti itu akan membincangkan surat jawapan tunjuk sebab yang dikirim oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR. 
 
Ujarnya lagi masa depan Khalid akan dibincangkan bersama pemimpin kanan parti selain ketua cabang juga dijemput memberikan pandangan. 
 
"Kita sudah terima (surat Khalid) dan esok kita bincang di MPP. Pandangan kami tidak boleh diberitahu hari ini. 
 
"Lebih baik 3 petang esok kita panggil ketua cabang maka mesyuarat akan diadakan di sana. Pemimpin kanan juga akan hadir," katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat PKR hari ini. 
 
‎Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) yang mahu pemimpin parti itu mengadakan perjumpaan 'lapan mata' bagi membincangkan kemelut penggantian Menteri Besar Selangor.
 
Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin,  pertemuan lapan mata yang bersama kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang itu akan diadakan dalam masa terdekat yang tarikhnya belum ditetapkan lagi.
 
Barisan pimpinan yang dimaksudkan adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Anwar termasuk Tan Sri AbKhalid sendiri yang perlu hadir dalam perbincangan itu.
 
"Kita sudah smpaikan cadangan ini kepada Anwar dan beliau tidak ada halangan untuk mengadakan pertemuan dengan khalid termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
 
Pemuda PR berpendapat krisis yang melanda negeri Selangor berhubung isu penggantian Menteri Besar negeri itu seharusnya diselesaikan dengan cara perjumpaan lapan mata diantara pemimpin-pemimpin tertinggi.
 
Menerusi kenyataan media bersama Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan Ketua DAPSY, Teo Kok Seong semalam berkata, Pemuda PR merasakan krisis yang melanda negeri itu telah memberi gambaran kurang baik kepada generasi muda yang akan mewarisi pucuk pimpinan akan datang.

Tiada ulasan: