Isnin, 11 Ogos 2014

Khalid menghadap Sultan bincang jawatan MB

MALAYSIAKINI



 


Ekoran disingkirkan daripada PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar.

Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang tiba di Istana Alam Shah pada jam 8.45 pagi sementara Sultan tiba di istana itu 15 minit kemudian.

Sultan dijadual mengadakan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor pada jam 10 pagi untuk membincangkan mengenai jawatan menteri besar yang disandang Khalid.

Lebih 50 wartawan dari pelbagai media dalam dan luar negara memenuhi kawasan jalan hadapan istana.

Setengah daripada mereka menuju ke Klang setelah menanti di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam sejak jam 8 pagi lagi.

Menurut maklumat yang diperolehi Malaysiakini, Khalid sedang menunggu Sultan dan Dewan DiRaja Selangor bermesyuarat dan dijangka akan membaca kenyataan di hadapan Istana tengah hari nanti.

Ekoran isu yang dibincangkan, maklumat yang sama turut menyatakan Khalid tidak menghadiri mesyuarat itu walaupun menjadi ahli atas kapasitinya sebagai menteri besar.

Tiada ulasan: