Isnin, 11 Ogos 2014

Khalid ambil tindakan undang-undang terhadap PKR

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menghantar notis undang-undang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong bersabit pemecatannya daripada parti Sabtu lalu.
 
Khalid menerusi peguamnya New Sin Yew menuduh PKR sebagai melanggar prosedur parti dan bertindak di luar bidang kuasanya dalam membicarakan beliau.
 
"Proses disiplin terhadap anak guam kami berat sebelah.
 
"Anak guam kami dipecat kurang lima hari selepas beliau diberikan surat tunjuk sebab," kata New dalam notis itu.
 
Beliau mempertikaikan hak lembaga disiplin mengusulkan supaya Khalid dipecat tanpa mengambil keterangan daripada ADUN Pelabuhan Klang itu.
 
New juga menuduh Lembaga Disiplin PKR dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR telah melanggar perlembagaan parti, dalam Perkara 41 yang dibaca bersama Perkara 9.
 
Untuk ini, mereka mahu pihak parti menamakan mereka yang menghadiri mesyuarat MPP, yang menganggotai lembaga disiplin PKR, dan bagaimana mereka mengundi.
 

Tiada ulasan: