Selasa, 26 Ogos 2014

Kerajaan patut tegas ambil tindakan khidmat teksi haram UBER

Oleh: SYAZWANI SUFIAN


SHAH ALAM  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Kerajaan patut peka serta mengambil tindakan tegas terhadap sebuah Syarikat dari luar negara dikenali sebagai UBER.

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan berkata, syarikat UBER kini semakin aktif menawarkan perkhidmatan teksi secara online kepada pengguna awam dengan menggunakan applikasi terkini seperti smartphone seta tweeter untuk mendapat perkhidmatan.

uber-cab

Beliau berkata, antara bandar besar yang dikesan giat beroperasi adalah Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor Baharu.

“Mereka menawarkan kenderaan Perodua Myvi, Nissa Almeradan, Toyota Viios bagi pakej UBER X dan Mercedes, BMW serta kereta mewah lain bagi pakej UBER BLACK.

“Syarikat UBER ini yang tidak mendapat kelulusan Kerajaan atau berkaitan jelas menunjakan satu bentuk pencerobohan serius di negara kita.

“SPAD dan Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas menghalang dan mengharamkan pekhidmatan UBER ini,” kata Amran Jan dalam kenyataan media.

Menurut Amran Jan, seorang pelancong asing dari Hong Kong mendakwa ditipu sebanyak USD1,584 melalui kad kreditnya selepas menggunakan pekhidmatan UBER.

Katanya lagi, setelah disiasat caj kad kredit didapati dibuat dari sebuah hotel di Mexico sedangkan pelancong berkenaan tidak pernah ke sana dan pasportnya juga tiada cop dan visa dari negara tersebut.

BBPTB dengan tegas menuntut agar satu skim atau pelan perlindungan Industri Perkhidmatan Teksi Negara diwujudkan untuk membendung gejala pencerobohan seperti ini daripada terus berlaku.EZY

Tiada ulasan: