Isnin, 18 Ogos 2014

Kementerian Pendidikan digesa perjelas pelajar cemerlang gagal ke IPTA

Teresa kok 2

Roketkini.com


KUALA LUMPUR, : Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, menggesa Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan dan menjelaskan punca kegagalan pelajang cemerlang, Ng Li Ying ditempatkan ke universiti awam tempatan bagi mengikuti kursus pilihannya.

Teresa yang juga Naib Presiden DAP menyatakan rasa hairan kerana pelajar dari Hutan Melintang, Perak itu gagal ditempatkan dalam program farmasi di Universiti Sains Malaysia, sedangkan ditawarkan kursus yang sama oleh University Monash, Australia.

“Tidak dapat dinafikan lagi memang wujud keraguan bahawa pengambilan pelajar ke universiti awam pada masa lalu dibuat secara tidak adil.

“Jika pelajar terbaik pun masih gagal untuk ditempatkan bagi jurusan yang diminati, apakah kerana pengambilan bagi kursus tersebat dihadkan? Mengapa masalah ini seolah-olah tak berkesudahan?, kata Teresa dalam satu kenyataan.

Ng Li Ying, pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 12A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan 4A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM dengan 8.08 markah bagi aktiviti kurikulum dilaporkan sebelum ini hanya ditawarkan kursus kejururawatan.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim mendedahkan Ng Li Ying gagal ditempatkan bagi kursus jurusan perubatan, pergigian dan farmasi selepas permohonan kepada sembilan universiti awam tempatan.

Sebaliknya Ng Li Ying hanya ditawarkan mengikuti kursus kejururawatan di Universiti Putra Malaysia yang bukan pilihannya, selepas membuat permohonan di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Univerisiti Sains Malaysia dan Universiti Sultan Zainal Abidin.

Justeru kata Teresa, berdasarkan apa yang telah berlaku membuktikan kerajaan gagal mengenalpasti bakat bagi menempatkan pelajar terbaik yang bersesuaian dengan kemampuannya.

“Dalam ranking Universiti Dunia QS 2014, Universiti Monash berada di kedudukan ke-8 dalam bidang farmasi dan farmakologi. Melucukan apabila pelajar cemerlang STPM ditawarkan program di universiti yang diiktiraf dunia tetapi hanya ditawarkan kursus bioteknologi di universiti tempatan.

“Dengan keputusan cemerlang STPM beliau, Ng sememangnya dengan mudah telah memenuhi syarat untuk menyertai program perubatan di universiti swasta, tetapi keluarganya tidak mampu membayar yuran pengajian yang tinggi.

“Sekiranya pelajar terbaik dengan mudah ditawarkan kemasukan mengikut kursus pilihan mereka di universiti-universiti luar negara, apakah wajar mereka dinafikan kursus pilihan mereka oleh universiti-universiti awam tempatan?, kata Teresa. – Roketkini.com

Tiada ulasan: