Ahad, 17 Ogos 2014

KEMASKINI] PAS Selangor akan bekerjasama dengan Khalid hingga berlaku peralihan kuasa

Oleh Shuhaniza Said, Shawaliah Hadir dan Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic



KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad menyambut baik keputusan pimpinan tertinggi parti itu yang sebulat suara mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beliau dalam pada itu juga berpegang dengan pendirian PAS yang mahu empat exco dari parti itu, termasuk dirinya, kekal bekerjasama dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga peralihan kuasa berlaku.
 
"Tetap bekerjasama dengan Tan Sri Khalid sehingga peralihan kuasa," ulasnya ringkas.
 
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung pagi tadi selain itu juga mengambil ketetapan untuk tidak menuntut jawatan tersebut setelah sepakat mengangkat dua nama daripada PKR sebagai pengganti kepada Khalid.
 
Atas alasan sebagai rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) maka PAS sebulat suara mendokong calon yang diutarakan oleh PKR walaupun sebelum ini Presiden Datuk Seri Andul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat termasuk Majlis Syura parti itu mahu Khalid dikekalkan sekaligus menolak Wan Azizah.
 
Keputusan hari ini sekaligus membatalkan semua pendirian yang dibuat mana-mana pemimpin dan sayap parti itu sebelum ini.
 

Tiada ulasan: