Oleh Shawaliah Hadir
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengakui PKR mempunyai kelemahan dalam menempuh pemilihan parti tahun ini.
Pengerusinya Datuk Johari Abdul berkata, jawatankuasanya akan
mencadangkan kepada parti untuk memperbaiki pemilihan kali ini
berdasarkan pengalaman yang menyaksikan kekalutan yang berlaku selama
hampir lima bulan pemilihan itu.
Untuk rekod pemilihan PKR bermula pada Mac yang lalu.
"Kita tidak menafikan bahawa pemilihan ini perlu diperbaiki pada masa
akan datang, isu gangster misalnya, tidak adil jugaklah kekalutan itu
disebabkan oleh kami sebab mereka yang mencetuskan pemilihan sebelum ini
adalah bukan ahli parti.
"Kami bukan sempurna, kami akan mencadangkan macam mana nak
pertingkatkan pemilihan pada parti," katanya dalam sidang media JPP di
Ibu Pejabat PKR hari ini
Dalam masa sama beliau menjelaskan keputusan pemilihan parti itu
mengambil masa yang lama kerana tidak mahu sebarang kesilapan dalam
menentukan jumlah undi yang sebenar bagi mengelakkan sebarang bantahan.
"Kami tidak mahu keputusan (salah) dan kita betulkan, sebab itu kita
ambil masa untuk umumkan, ini menunjukkan kita telus, kita terima semua
aduan," jelasnya.
Keputusan pemilihan rasmi parti itu dimaklumkan setakat ini tidak
mempunyai bantahan melainkan 553 daripada semua cabang sebelum ini yang
telah diselesaikan.
Manakala aduan yang diusulkan oleh bekas ahli parti Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim tidak diteruskan selepas penyingkirannya daripada parti
itu yang disifatkannya tidak relevan lagi.
"Berkenaan jumlah Khalid, undi beliau tidak diambil kira sebab dia dah dipecat daripada parti.
"Jumlah terakhir seperti yang diumumkan sebelum beliau dipecat.
"Jadi tidak relevan untuk terus kira lagi," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan