Selasa, 19 Ogos 2014

Isu Saari, Hasnul: S'gor serah pada PAS pusat

MALAYSIAKINI


 


PAS Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat berhubung tindakan terhadap dua ADUN parti itu yang memberi sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad berkata PAS pusat telah meminta laporan mengenai tindakan dua ADUN tersebut- Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

"Kami biarkan PAS pusat untuk ambil tindakan terhadap (dua ADUN) itu.

"Sebenarnya PAS pusat dah minta pada hari kejadian dan saya dah serahkan pada setiausaha PAS Selangor untuk siapkan laporan," katanya ketika ditemui di Shah Alam hari ini.

Pada 14 Ogos lalu, Saari dan Hasnul menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehari selepas itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa mahu memanggil dua ADUN tersebut dan mengarahkan Iskandar menyediakan laporan penuh mengenai isu itu.

Sementara itu Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata beliau telah menghantar laporan tersebut kepada PAS pusat dan mereka akan membincangkan tindakan susulan.

"Semalan PAS Pusat buat kenyataan, perkara tersebut sudah dalam perhatian mereka.

"Betul... pusat sudah terima laporan dan akan bincang hal tersebut," katanya kepada wartawan.

Tiada ulasan: