Jumaat, 15 Ogos 2014

Isu Menteri Besar Selangor Malaysia : Bubar Dun Selangor Atau Undi Tidak Percaya Dun Selangor? Penyokong Khalid Vs Wan Azizah?





menteri besar selangor



Isu Menteri Besar Selangor Malaysia : Bubar Dun Selangor Atau Undi Tidak Percaya Dun Selangor? Penyokong Khalid Vs Wan Azizah? : Ini yang dinamakan politik di Malaysia. Ada masa kekuatan politik yang dimiliki umpama teguhnya bangunan KLCC.

Tetapi kekuatan politik di Malaysia boleh runtuh dalam sekelip mata, sepertimana runtuhnya WTC menyembah bumi sebelum ini. Dalam bahasa politik, satu minggu adalah tempoh yang panjang sebenarnya, macam-macam boleh berlaku dalam tempoh seminggu tersebut.

Hari ini dengan hanya berbekalkan 4 Exco yang minum ditambah Menteri Besar Selangor Malaysia yang terdiri daripada Adun Bebas tidak cukup kuat sebenarnya.

Isu Menteri Besar Selangor Malaysia Khalid Vs Wan Azizah : Cadangan Pakar?

 

Ramai pakar penganalisis politik di Malaysia meletakkan dua syor untuk dipertimbangkan sebagai jalan penyelesaian kepasa krisis isu Menteri Besar Selangor yang bergolak sekarang ini sepertimana disarankan Prof Madya Dr Mohd Agus Yusoff (Pensyarah Sains Politik UKM), Pakar Perlembagaan Malaysia Prof Dr Aziz Bari dan juga seorang lagi pakar perlembagaan terkenal, Prof Datuk Shad Saleem Faruqi supaya :
  • Pertama undi tidak percaya di dewan (Sidang DUN)
  • Tan Sri Khalid semasa menjadi Menteri Besar menasihati Sultan untuk membubarkan dewan (DUN)
Berita Semasa sendiri sudah bosan dengan rentetan isu Menteri Besar Selangor yang masih tidak berkesudahan sehingga ke hari ini. Masing-masing mempunyai ego dan cara silat tersendiri bagi menyatakan pendirian masing-masing.

Walaubagaimanapun atas nama demokrasi, apabila krisis Menteri Besar Selangor ini semkain memuncak, selesaikanlah dengan segera dengan menggunapakai dua cara ini, Bubar Dun Selangor ataupun laksana undi tidak percaya. Pilih cara antara dua ini. Usahlah mencanang di seluruh pelusuk tanahair yang anda mempunyai sokongan majoriti baik daripada pihak Khalid Ibrahim mahupun Wan Azizah. Cukuplah…..Buktikan melalui saluran yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Isu Menteri Besar Selangor Malaysia : Politik Selangor Bergolak Sampai Bila?


Yang paling pentingnya selepas itu, pastikan calon Menteri Besar Selangor (samada Khalid Ibrahim kekal atau ada calon baru) diperkenan Sultan Selangor. Untuk menjadi MB Selangor, perlu ada perkenan Sultan Selangor walaupun sudah ada majoriti.

Perlu diingat rakyat Malaysia tertumpu kepada krisis Menteri besar Selangor kerana pengaruh politik di negeri tersebut cukup berwarna-warni dan dalam pada masa yang sama sumbangan besar negeri Selangor itu sendiri yang menjadi penumbang utama kepada ekonomi negara.
“Negeri Selangor, ia umpama sebuah negeri yang seolah-olah mewakili negara”
P/S : Rasa bertuahnya rakyat Malaysia memiliki negeri Selangor dan juga rakyat Selangor yang bernaung di negeri Selangor yang cukup “mewah daripada sudut ekonominya” tidak cukup andaikata landskap politik di Selangor masih lagi bergolak. Selesaikanlah…..


Tiada ulasan: