Jumaat, 8 Ogos 2014

Isu MB: Selesaikan cara baik, elak pergeseran terbuka

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM- Semua pihak yang terlibat dalam kemelut Menteri Besar Selangor agar  ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’ seperti mana peribahasa Melayu supaya isu ini dapat di selesaikan dengan baik.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki, berkata beliau percaya kekeruhan itu angkara wujudnya tangan yang mengocakkan air tenang.

Solat Hajat Perdana rumah MB (100)aKata beliau sekiranya tangan yang mengocakkan itu masih meneruskan perbuatannya itu, akan menyebabkan berlaku suatu perkara yang lebih buruk.

“Untuk menyelesaikan isu ini kena jumpa orang yang mengocakkan beritahu jangan kocak lagi. Kalau kocak juga,” kata Dr Zuhdi.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Solat Hajat Perdana Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini.

Kata beliau lagi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sepatutnya menghargai kepercayaan Rakyat Selangor yang memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) Selangor selama dua penggal berturut-turut.

Jelas beliau salah satu faktor penting pengundi di Selangor memilih PR sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila mendapati pentadbiran PR pada penggal 2008-2013 jauh lebih baik dan mementingkan kebajikkan rakyat berbanding sebelumnya.EZY

Tiada ulasan: