MALAYSIAKINI
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata situasi yang
dialami Tan Sri Khalid Ibrahim kini berbeza dengan keadaan semasa beliau
berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998.
Tegasnya, menteri besar Selangor itu tidak akan dipecat dengan tidak adil dan menjadi musuh ketat PKR
Katanya, Khalid sendiri sudah mendapat bayangan mengenai rancangan untuk menggantikan menteri besar sejak 15 Januari.
Namun, keputusan akhir akan dibuat secara muafakat di kalangan pemimpin
Pakatan, walau Khalid tetap berkeras untuk tidak meletak jawatan menteri
besar.
“Saya tidak fikir ianya betul untuk mengumpamakan perisitiwa penuh
dendam pada 1998 itu dengan situasi sekarang dan isu yang timbul. Saya
tampil untuk melawan Umno, bukan untuk memperteguhkan Umno.
“Bila sampai waktu yang sesuai, sekiranya perlu, say akan jelaskan. Apa
yang orang ramai perlu tahu, kita sudah memerhatikan proses mesyuarat
kaunseling dan nasihat (dengan Khalid) berlangsung berulang kali,”
katanya.
Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini, Anwar bukan
sahaja menyifatkan Khalid sebagai seorang kawan, tetapi juga seorang
saudara.
Beliau
turut mengingatkan Khalid bahawa menteri besar itu mengetuai jentera
kempen pilihan raya kecil DUN Kajang, yang akan membolehkan Datuk Seri
Dr Wan Azizah dilantik menggantikan beliau.
Anwar berkata, Wan Azizah serta Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS dan
Lim Kit Siang dari DAP sudah melakukan pertemuan demi pertemuan
berhubung 'Langkah Kajang' untuk menggantikan Khalid.
Malah, Khalid juga menyertai salah satu mesyuarat tersebut di Shah Alam, kata Anwar.
Maka, isu tersebut tidak perlu digembar-gembur menjadi permusuhan yang pahit, katanya.
“Sebab itulah saya mengelak dari menjawab tuduhan dari budak-budak
bawah. Kadang-kadang, mereka melampau sedikit dan nasihat saya agar
mereka sentiasa ingat dan fokus pada perjuangan bersama parti.
“Tidak perlu jadi melampau,” katanya dalam sidang media tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan