Jumaat, 8 Ogos 2014

Henti kenyataan sanggah Presiden PAS – Majlis Syura

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak memandang serius beberapa kenyataan terbuka sebahagian pimpinan parti yang dilihat menyanggahi kenyataan Presiden sebagai ketua parti.

Maka Majlis Syura Ulamak memberi peringatan tegas kepada seluruh pimpinan dan ahli parti agar kenyataan-kenyataan ini dihentikan serta merta.

Keputusan itu dibuat pada Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu, Kelantan.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan Majlis Syura yang ditandatangani Mursyidul Am PAS dan timbalannya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Dr Haron Din. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: