Rabu, 13 Ogos 2014

Exco PKR-DAP anggap Khalid MB peralihan

Oleh Shuhaniza Said
  Post Pic

SHAH ALAM: Semua enam ahli Exco PKR dan DAP tidak akan meletak jawatan mereka namun menganggap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  sebagai Menteri Besar “peralihan” sementara menunggu perlantikan calon baru Pakatan Rakyat untuk  jawatan itu.

Dalam satu kenyataan, mereka menegaskan segala keputusan Exco kerajaan negeri harus diputuskan menerusi undian, sesuai dengan kedudukan Khalid sebagai MB sementara.

“Tan Sri Khalid Ibrahim dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian. Sebarang keputusan MMKN perlulah diundi supaya fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dihadkan kepada kapasiti peralihan,” kata tiga Exco masing-masing daripada DAP dan PKR itu.

Mereka juga bertekad untuk tidak berjumpa dengan Khalid kecuali pada mesyuarat rasmi EXCO “untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing.”
PKR dan DAP sebelum ini meluluskan ketetapan mahu Khalid digantikan dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Bagaimanapun pucuk pimpinan PAS membantah keputusan itu dan empat Exconya mengiktiraf Khalid sebagai MB sah dan berjanji untuk memberikan kerjasama penuh.

Jawatankuasa Pusat PAS hanya akan membuat keputusan muktamad mengenai isu itu pada Ahad ini.
Tiga Exco PKR yang menandatangani kenyataan hari ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita Rodziah Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi Dr Daroyah Alwi; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin dan Ganabatirau Veraman

Turut memberi perakuan sama adalah ahli Exco DAP, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram Ean Yong Hian Wah; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim; dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar Wong Keat Ping.

“Kami akan terus menjalankan tugas mengikut mandat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat sementara perkara ini diselesaikan secara baik dan seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat mengambil alih dalam masa terdekat,” kata mereka.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Dengan Nama Allah SWT
Allah Hu Akhbar .... Bila time Khalid Ibrahim kena pecat sibuk kata khalid Ibrahim tak hormat perlembagaan atau itu ini lah.Hinggakan kata TSKI menteri besar Selangor sebagai MB Peralihan pula ??? Hinggakan tidak di beri peluang untuk memberi jelas akan tidak keadilan buat TSKI . Tapi bila exco Selangor kena pecat riuh habis kata TSKI tak ikut perlembagaan atau tak betul tindakkan TSKI memecat exco nya. Dah sultan Selangor kekalkan TSKI sebagai menteri Besar buat rakyat negeri Selangor ... kenapa exco nya menderhaka titah Baginda terhadap menteri Besar pilihan Sultan Selangor ??? Mari kita rujuk kekata Datuk Teng dari DAP dengan mengata yang beliau tidak akan dengar arahan Menteri Besar Selangor , beliau hanya dengar dari arahan parti nya ( DAP ) ini bermakna selama ini Datok Teng dan exco lain hanya kerja untuk partinya bukan untuk Rakyat Selangor . Ini kah cara mereka ( exco/adun PKR dan DAP bekerja ??? Moga moga pihak berwajib FRU dan sekeruti tangkap orang orang yang telah di pecat dari jawatan mereka. Masukkan mereka kedalam lokap kerana biadap tak dengar arahan Menteri Besar TSKI dan Sultan Selangor. Apakah Exco dan Adun PAS Selangor masih nak jadi barua DAP dan PKR seperti berlaku di Negeri Perak ??? Di Pulau Pinang tidak ada satu jawatan Exco pun di beri kepada Adun Pas ? Kenapa Exco dan Adun Pas selangor nak ikut cakap atau takut dengar unggutan DAP dan PKR , walhal sepatutnya takut akan kemurkaan Allah SWT bukan takut denga Dap atau PKR .