Selasa, 12 Ogos 2014

EXCO PAS akur arahan PAS Pusat

Masih lagi memegang jawatan sepertimana yang telah dikehendaki oleh PAS Pusat.
Dr-Ahmad-Yunus-Hairi


SHAH ALAM: Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi menjelaskan bahawa PAS telah memutuskan ahli EXCO dari parti tersebut tidak akan meletakkan jawatan.

Menurutnya, setakat ini, beliau masih lagi memegang jawatan sepertimana yang telah dikehendaki oleh PAS Pusat.

Yunus turut menjelaskan bahawa beliau berjumpa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya sebentar sahaja.

“Saya hanya jumpa Khalid dalam dua atau tiga minit sahaja,” ujarnya sewaktu ditemui media di lobi SUK.

Apabila ditanya pemberita sekiranya kesemua pemegang jawatan EXCO dari PKR dan DAP dilucutkan dan samaada mereka akan digantikan oleh ADUN PAS yang lain, beliau menjelaskan bahawa ianya tidak sampai ke tahap itu lagi.

“Kita tak sampai ke tahap itu lagi, tak ada perbincangan dan kita lihat macam mana EXCO yang tinggal ini merancang dan mentadbir negeri untuk kebaikan rakyat,” ujarnya.

ADUN Sijangkang itu turut menjelaskan bahawa hanya beliau sahaja EXCO yang ada tadi sewaktu berjumpa Khalid.

“Saya sahaja EXCO yang ada tadi, yang lain kemungkinan akan hadir mesyuarat esok,” ujarnya.

Tiada ulasan: