Sabtu, 23 Ogos 2014

ESSCom Masih Buru 3 Lelaki Larikan Diri

RAKYATNEWS


alt
 


KOTA KINABALU - Anggota pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) masih memburu tiga lelaki yang melarikan diri selepas terserempak dengan kapal Pasukan Polis Marin di kawasan perairan antara Tanjung Sirongol dan Pulau Maiga, Semporna awal pagi tadi.

Komander ESScom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata operasi memburu dijalankan di kawasan Pulau Gaya serta Pulau Bohey Dulang.

Difahamkan, suspek yang menggunakan bot laju melarikan diri sebaik terserempak dengan kapal PPM kira-kira pukul 5.45 pagi ke arah Pulau Gaya dengan anggota keselamatan terpaksa melepaskan tembakan ke arah mereka.

Tiada ulasan: