Rabu, 20 Ogos 2014

DUN Kelantan maklum SPR sebaik terima surat rasmi kematian ADUN - Speaker

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic

 
 
 
KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan memaklumkan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaik menerima surat rasmi kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi berkenaan, Datuk Noor Zahidi Omar.
 
Speaker DUN, Datuk Abdullah Yaa'kob, berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kematian ADUN berkenaan pagi tadi daripada Badan Perhubungan UMNO negeri.
 
"Sehingga kini, saya masih tidak dapat membuat sebarang pengumuman mengenai kerusi berkenaan kerana semuanya terpulang kepada SPR.
 
"DUN negeri kini hanya menunggu surat rasmi kematian Allahyarham daripada UMNO negeri untuk memaklumkan secara rasmi kematian dan kekosongan kerusi berkenaan," katanya di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, sebentar tadi.

Tiada ulasan: