Selasa, 5 Ogos 2014

Boikot Tesco Malaysia VS Tesco UK : Sumbang ke Zionis Israel? Tesco Tolong Zionis Bunuh Rakyat Gaza Palestin?

 


boikot tesco malaysia



Boikot Tesco Malaysia VS Tesco UK : Tidak boleh dinafikan Berita Semasa perhatikan kempen boikot Israel melalui barangan dan produk yang menyokong kewujudan kerajaan haram Israel hanyalah bermusim. Sekejap panas, sekejap juga sejuk kembali. Tetapi usahlah kita lihat daripada sudut negatif semata….

Jikalau sebelum ini, kempen boikot Israel dikatakan bermusim, kali ini kita boleh mulakan dengan tindakan yang agresif lagi, tambahkan lagi jumlah produk yang perlu diboikot dan juga lebih ramai yang menyertai kempen boikot kali ini. Yang pentingnya mulakan daripada sekarang sebagai latihan dan membiasakan diri. Masih belum terlambat lagi…..Dalam pada masa yang sama, sekurang-kurangnya ia melatih diri ini untuk tidak bergantung harap dengan satu demi satu produk dan barangan Israel yang “memerintah” dunia sekarang ini. Insyaallah. Masanya pasti akan tiba…

boikot tesco

Lagipun pilihan terlampau banyak sekarang. Jikalau tidak di Giant, Aeon, Mydin ada, NSK Trade, Econsave, 99 Speedmart. Pilihan di tangan anda. Duit anda, terpulang kepada apa sahaja pilihan anda. Asalkan jangan sesekali memperlekehkan pilihan masing-masing. Bagi Berita Semasa sendiri yang mana mampu anda boikot, eloklah anda boikot. Anda sebagai pengguna gunakan kuasa membeli yang ada di tangan anda. Termasuklah boikot Tesco seperti mana yang dilakukan oleh Dr Nik Rahim :
Dulu saya adalah pelanggan tetap tesco. Kami belanja antara RM500 ke RM1k setiap bulan di tesco nilai, Negeri Sembilan. Now NO MORE! Saya HARAMKAN diri saya dan seluruh keluarga menjejakkan kaki ke tesco sepanjang hayat. Kami tidak rela membantu tesco yg membantu israel terus membunuh saudara2 kami di Gaza. Anda bagaimana?

Kenyataan & laporan Tesco Malaysia & Tesco Malaysia : isu Gaza Palestin Israel

 

Jangan disebabkan tidak boleh menerima perbezaan pendapat di antara orang yang boikot dengan orang yang tidak mahu boikot secara terang-terangan, akhirnya sesama kita label-melabel. Sedangkan kita sendiri tidak tahu samada dia ada menzahirkan sokongan dia terhadap Gaza Palestin secara diam-diam dengan derma ataupun paling kurangkan doa. Ini kerana Berita Semasa perhatikan, masyarakat kita hari ini terutamanya yang berkumpul di media sosial cepat melabel orang lain yang tidak sependapat

boikot tesco malaysia

Apa pula pilihan anda?

Tiada ulasan: