Jumaat, 8 Ogos 2014

'Bilik perang' Umno sedia untuk p'raya baru

MALAYSIAKINI


 


Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata jentera akar umbi Umno negeri bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri berlangsung bagi menyelesaikan kemelut jawatan menteri besar Selangor.

"Kita Umno memang sudah bersedia, tetapi persediaan kita sebenarnya untuk pilihan raya umum ke-14.

"Tetapi kalau ditakdir pilihan raya Selangor berlangsung, persediaan yang kita dah ada akan kita gunakan," katanya.

Menurutnya, di peringkat bahagian juga Umno sudah memberi isyarat agar strategi setempat dirangka.

"Kita minta Umno bahagian bersedia dan kita memang dah ada war room kita pun," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui wartawan pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan ulang tahun perkahwinannya di Shah Alam, malam tadi.

Tiada ulasan: