Jumaat, 8 Ogos 2014

Berita Terkini MB Selangor, Khalid Ibrahim ‘Kena Halau’ Ganti Wan Azizah. Setuju atau Tidak Rakyat Selangor?


mb selangor



Berita Terkini MB Selangor, Khalid Ibrahim ‘Kena Halau’ Ganti Wan Azizah. : Tidak habis-habis dengan masalah yang beraku dalam politik di negeri Selangor. Cukuplah…..Berita Semasa merasakan ini semua ini berlaku dek kerana (LANGKAH KAJANG). Masih mahu mengatakan ‘Langkah Kajang’ adalah betul? Apa alasannya? 

Hakikatnya rakyat Selangor akan mula fedup dengan politiking seperti ini. Penuh penggal acapkali bermain politik atas bawah kiri dan kanan. Selepas Pilihan Raya Umum ke 13 yang sudah lama berlalu. Hentikanlah dengan segera politiking di mata umum.

Pada pandangan kaca mata Berita Semasa bagi menjernihkan suasana sekarang ini, Mb Selangor Khalid Ibrahim sepatutnya turun dengan rela hati apabila bossnya meminta untuk letak jawatan. Seperti mana apabila Datuk Najib Razak menggantikan MB Johor tetapi tiada pula MB Johor lama itu protes tidak mahu letak jawatan dan membangkitkan perlantikan Menteri Besar MB adalah hak mutlak Sultan? Ya…..memang benar Sultan secara tersuratnya ‘melantik‘ MB tetapi semua orang tahu tangan yang menukar Menteri, MB adalah PM. Agung dan Sultan hanya untuk merasmikan sahaja.

Berita Terkini MB Selangor : Khalid Ibrahim Letak Jawatan. Patutkah?

 

mb selangor kena halauUntuk situasi di Selangor pula agak berlainan. Jikalau dahulu pemimpinan kanan khususnya baik Azmin Ali, Saifuddin Nasuition, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli termasuk juga Anwar ibrahim begitu gembira mencanang di seluruh Malaysia bahawa Mb Selangor Khalid Ibrahim sangat cekap mentadbir negeri Selangor sehingga mampu meningkatkan rizab negeri Selangor sehingga mencecah RM3 bilion. Sekarang?

Sekarang pimpinan inilah juga yang buat U-Turn dengan dakwaan kebobrokan kepimpinan Khalid Ibrahim dengan harapan MB Selangor letak jawatan dan Wan Azizah yang merupakan “bayangan” Anwar Ibrahim diangkat dan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.
“Dahulu lain sekarang lain?”
Tetapi bezanya di sini, Khalid Ibrahim tidak bersetuju kerana ada alasan tersendiri dan mahu meneruskan tugasnya sebagai Menteri besar Selangor sehingga berakhir penggal kali ini. Dan berdasarkan jawapan balas melalui surat tunjuk sebab seperti di bawah ini :

Berita Terkini MB Selangor : Surat Tunjuk Sebab Khalid Ibrahim

 

  1. Bagaimana pun MB Selangor Khalid Ibrahim mahu menjawab dengan lebih tepat jikalau tidak memberikan perincian tentang kesalahannya.
  2. Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim menemplak Langkah Kajang dilakukan tanpa perbincangan yang adil kepada beliau dan dalam pada masa yang sama menyebabkan Hadi Awang & Nik Aziz terus-terusan “blur” apa motif sebenar Langkah Kajang disebalik permainan politik Rafizi Ramli, Azmin & Anuar Ibrahim di selangor, apatah lagi rakyat jelata.
  3. Alasan yang diberikan pimpinan parti acapkali berubah-ubah. (Hari ini bagi reason A, Esok bagi reason B, Lusa tulat pula bagi reason C)
  4. MB Selangor Khalid Ibrahim membidas Langkah kajang telah mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat
  5. PKR telah membelakangkan pihak istana dan sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat dalam isu jawatan MB Selangor yang mahukan Menteri Besar MB Selangor Khalid Ibrahim letak jawatan
  6. Serius, Berita Semasa cukup letih dengan sinetron politik di Selangor seperti ini.
Bahaya jikalau subordinate berani tidak mahu dengar cakap boss.  Kalau setakat gaduh & berbeza pendapat antara boss & subordinate adalah perkara biasa., Tetapi kali ini “totally shutdown“.  Ini sama parti, kalau inter party bagaimana pula? Berita Semasa masih teringat lagi isu UMNO dalam krisis MB Terengganu dan Kedah semasa zaman Sanusi Junid pun ada tentangan tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh 1 hingga 2 minggu.

Tetapi….Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti kehilangan arah & mahu cepat MB Selangor kena halau keluar daripada pentadbiran negeri Selangor.  Bertambah teruk lagi menjadi tontonan dan tatapan umum bagaiaman cara PKR PAS DAP (pakatan Rakyat) menguruskan isu krisis di Selangor ini.

Bagi Berita Semasa, andaikata mahu menjadi penyokong politik sehingga mengangkat mereka menjadi idola janganlah meletakkan diri kita di “tahap terbawah“. Zaman menyokong membuta tuli patut berlalu sudah.

Anak muda Malaysia terutamanya anak Selangor mahukan segala masalah yang timbul dalam Pakatan Rakyat (DAP, PAS, PKR) diselesaikan melalui meja rundingan dengan segera. Sampai bila rakyat Selangor amnya dan rakyat Malaysia umumnya disuapkan dengan isu seperti ini?

P/S : Sepatutnya kita sebagai “pengundi” menggunakan ahli politik yang berada di Malaysia, bukannya kita mudah dipergunakan. Renung-renungkanlah….

PP/S : “In their attempt to topple Khalid Ibrahim, they have set fire to their own house. Whoever takes over from him will be taking over a house divided.” Krisis dalaman Pakatan Rakyat(PR) rentetan isu penggantian Menteri Besar MB Selangor Khalid Ibrahim berada pada tahap membimbangkan yang membawa perpecahan yang akan berkekalan buat PKR VS PAS dan PR. Mungkin?

Tiada ulasan: