Rabu, 20 Ogos 2014

[BERGAMBAR] Gedung Pakaian KAMDAR Terbakar

KELAB GREENBOC



 
Lebih 100 pelanggan yang sedang leka membeli belah panik apabila asap memenuhi gedung Kamdar di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Selasa.

Kebakaran yang berlaku kira- kira jam 7.20 petang dipercayai tercetus akibat masalah litar elektrik di papan suis.

“Kami difahamkan kebakaran bermula di tingkat satu di mana terletaknya ‘switch room.’ Papan suis dipercayai terbakar,” kata Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Menurut saksi, asap tebal tiba-tiba memenuhi ruang premis dan mengakibatkan kesemua pekerja dan pelanggan lari menyelamatkan diri.

“Kami masuk ke tingkat satu dan berjaya padamkan kebakaran. Namun, asap masih tebal sehingga tingkat empat,” tambah Azizan.

Lebih 90 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari sekitar ibu negara termasuk Unit Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bergegas ke lokasi kejadian.

Api berjaya dikawal sepenuhnya dalam masa sejam menggunakan 10 jentera bomba.

Tiada mangsa yang dilaporkan terperangkap atau cedera.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. -astroawani



Tiada ulasan: