Isnin, 18 Ogos 2014

Anwar dakwa Umno 'ganggu' rayuan Liwat II

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno cuba mengganggu proses rayuan terhadap sabitan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan dengan dengan menyerang peguamnya.

Katanya, sejak ditetapkan tarikh rayuan, Umno melalui bahagian-bahagiannya di seluruh negara membuat beratus-ratus laporan polis terhadap N Surendran (bawah) dan rencana di akhbar mahukan tindakan serta-merta terhadapnya.

“Sekarang, Umno sedang bertungkus-lumus untuk menghalang peguam-peguam saya dari menyebut tentang keterlibatan Najib (Razak) dalam konspirasi ini,” katanya.

Sedangkan, kata Anwar, dalamnya daripada kandang tertuduh, beliau menyebut bahawa keseluruhan proses itu “konspirasi” Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak.

Ia juga didakwa bertujuan menghapuskannya daripada persada politik dengan “cuba memasukkan ke dalam penjara” , menurut kenyataan Anwar itu lagi.

“Kenapakah ia satu kesalahan untuk peguam saya menyebut perkara yang akan menjadi dasar pembelaan saya dalam rayuan kes Fitnah 2? ”

Najib pada 30 Jun 2008 menafikan yang beliau terbabit dengan isu laporan kes liwat terhadap Anwar yang dibuat oleh seorang pembantu ketua umum PKR itu.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman bagi tuduhan Liwat II dan rayuan balas pihak pendakwa untuk menambah hukuman itu.
 

Tiada ulasan: