Rabu, 20 Ogos 2014

ADUN: Beli Harakah macam beli daun ketum

MALAYSIAKINI



 


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu Ahmad Yahaya hari ini membangkitkan masalah pengedaran akhbar rasmi PAS Harakah yang dikawal kerajaan.

Berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kedah, wakil rakyat PAS itu membangkitkan soal kekerapan keluarannya dan kesukaran mendapatkannya.

"Harakah ini kena tengok juga dari sudut kekerapan keluarannya iaitu dua kali seminggu.

“Itu pun nak beli Harakah ini pun macam nak beli dadah atau daun ketum," Ahmad (kanan) dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily dan disambut ketawa anggota dewan.

Beliau berkata demikian ketika Datuk Ahmad Lebai Sudin (BN-Bukit Lada) yang mencelah bertanyakan sama ada Harakah mampu menandingi media dikuasai BN.

Ali Yahya (BN-Pantai Merdeka) pula dilapor menyebut tentang peranan media yang turut menjatuhkan kerajaan BN Kedah pada 2008.

Sebelum itu, Ahmad menyentuh kontroversi akibat penyiaran berita sebuah akhbar harian yang menyentuh pentadbiran kerajaan negeri, yang disifatkannya kecil berbanding serangan media semasa liam tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu sebelum ini.

Masalah itu tidak disebut dengan jelas dalam laporan itu.

"Isu yang timbul pada akhbar semalam ini kecil sahaja kerana ini adalah edisi utara, orang Selangor tak baca pun,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

"Pihak di sebelah sana (BN) selalu menyebut pengalaman mereka sebagai pembangkang selama lima tahun dulu, tapi Pakatan selaku kerajaan pada masa itu lebih teruk dikerjakan oleh media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3.

"Ini termasuk cuba mengeruhkan hubungan dengan istana seperti yang kena kepada ADUN Kubang Rotan dulu, seolah-olah digambarkan dia sendiri sudah tak layak berpijak di bumi Kedah ini.”

Tiada ulasan: