Jumaat, 22 Ogos 2014

5 jam tunggu, dapat panadol serta ubat luka, kata Mufti Perlis

 
Beliau juga menyarankan agar perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) perlu lebih cekap memandangkan ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.


images


KUCHING: “Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka,” demikian luah Mufti Perlis Datuk Dr. Juanda Jaya selepas beliau pergi mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak ekoran dirompak.

Beliau juga menyarankan agar perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) perlu lebih cekap memandangkan ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.

Juanda yang dirompak di rumah di Samariang oleh dua lelaki bersenjatakan pedang samurai, pada 18 Ogos lalu, kira-kira jam 4.30 pagi dilaporkan mengalami kerugian kira-kira RM50,000 termasuk wang tunai serta pelbagai barangan kemas.

Beliau, isteri dan pembantu rumah melalui detik-detik cemas apabila dua lelaki berjaya memecah masuk rumah Juanda selepas mengumpil pintu jeriji besi di bahagian belakang rumah.

Isteri Dr. Juanda dilaporkan cedera di tangan dan muka manakala pembantu rumah mereka mengalami kecederaan di belakang kepala dan mulut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: