Selasa, 8 Julai 2014

'Vitamin' RM300,000 pada yayasan sukan India

MALAYSIAKINI


Yayasan Kebudayaan Sukan India Malaysia (MISCF) bertekad untuk mengembalikan zaman kegemilangan atlet India di Malaysia.

Pengasasnya Datuk T Mohan berkata MISCF adalah sebagai pusat setempat untuk membekal atlet berbangsa India untuk Malaysia seperti yang pernah digeruni dulu.

Ia antaranya mahu melahirkan tokoh seperti Tan Sri Dr M Jegathesan dalam olahraga, Datuk Punch Gunalan dalam badminton dan R Arumugam dalam bola sepak.

"Biasanya sesebuah yayasan dilancarkan dengan glamor tetapi MISCF ini berbeza.

"Kami telah bekerja sebelum pelancaran," kata beliau semasa ucapan pembukaan.

MISCF telah pun menganjurkan acara sukan komuniti selama tiga tahun berturut dan mempunyai pasukan bola sepak di Liga FAM.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan Kkairy Jamaluddin menyambut baik usaha MISCF menyediakan sebuah rangka dasar bagi menunjukkan matlamat, sasaran dan cara kerja yayasan itu.

Khairy dalam ucapan perasmiannya memberikan kerjasama penuh dan mengumumkan dana bantuan sebanyak RM300,000 dari kementeriannya.

"Kalau (ada) pencapaian, maka 'vitamin' yang diterima di masa depan turut akan lebih baik," kata beliau.

Tiada ulasan: