Rabu, 9 Julai 2014

Tiada tindakan kepada gelandangan, Pusat patut contohi P Pinang

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ketua Menteri, Lim Guan Eng menegaskan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang  tidak akan mengambil tindakan terhadap gelandangan atau kumpulan pemberi makanan percuma.

Katanya, Jabatan Kebajikan Negeri juga tidak dibenarkan membuat sebarang operasi terhadap dua golongan itu.

lim-guan-eng“Kerajaan Persekutuan bercakap tentang denda RM150 kepada pemberi sedekah kepada pengemis. Ini tidak dapat diterima sama sekali.

“Pulau Pinang tidak akan mengambil tindakan sama,” kata Guan Eng, lapor Malaysiakini.

Semalam, Guan Eng turut mengumumkan akan menyumbang RM20,000 daripada tabung Ketua Menteri kepada aktivis dapur umum di negeri itu.

Isu ini timbul selepas Menteri Wilayah
Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dalam kenyataannya berkata, pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda RM150.

Kementerian itu juga mahu membersihkan Kuala Lumpur daripada pengemis dan gelandangan. Saranan ini mengundang kemarahan pelbagai pihak.

Kenyataan Guan Eng itu secara tidak langsung memberi tamparan kepada JKM negeri yang sebelum ini berikrar untuk membersihkan bandar raya itu daripada menjadi sarang kutu rayau, penagih dadah dan pengemis.

Kenyataan itu, seperti dilaporkan Bernama, dikeluarkan pengarah JKM negeri, Zulkifli Ismail selepas operasi “menyelamatkan” 61 gelandangan dalam operasi awal pagi 19 April lalu.

Tiada ulasan: