Isnin, 7 Julai 2014

Tabung Haji Agih RM1.7 Juta Zakat Kepada Fakir Miskin

RAKYAT NEWS


alt
 
 
 
KUALA TERENGGANU  - Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat pertambahan deposit simpanan sebanyak RM5 juta setahun didorong oleh peningkatan kesedaran masyarakat Islam untuk menabung dalam institusi kewangan yang patuh syariah. 
 
Ahli Lembaga Pengarah, Ghazali Awang, berkata hingga kini TH mempunyai 8.4 juta pendeposit dengan jumlah deposit sebanyak RM50 billion dan dijangka terus meningkat hingga akhir tahun ini. 
 
"Selain tabungan, TH juga menyasar peningkatan perolehan daripada sumber pelaburan lain termasuk kewangan Islam, perladangan, hartanah, pembinaan, teknologi maklumat, minyak dan gas, hospitaliti, perkhidmatan dan makanan halal. 
 
"Lazimnya peningkatan deposit dan pendeposit lebih tinggi dicatat selepas pengagihan dividen dan bonus pada akhir tahun," katanya selepas Majlis Penyerahan Zakat Program Ehsan TH Peringkat Negeri Terengganu 2014, di sini, hari ini. 
 
Sebanyak RM1.7 juta zakat akan diagihkan kepada 3,424 asnaf miskin dan fakir seluruh negara melalui program itu.
 
Pengarah TH Terengganu, Mohammad Mokhzani Mukhtar turut hadir pada majlis itu. 
 
Hingga kini, TH mempunyai 120 cawangan di seluruh negara termasuk yang terbaharu di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Alor Setar, Kedah.

Tiada ulasan: