Rabu, 9 Julai 2014

'Siapa Raisyyah untuk menolak jodoh tersebut'

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Raisyyah Rania Yeap berkata, kalau jodoh datang pada masa ini sememangnya beliau menerimanya.

Ini, kata bekas model yang memeluk Islam pada 5 Ramadhan lalu itu kerana seharusnya beliau sudah berumahtangga.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada desas desus yang menyatakan beliau memeluk Islam semata-mata hendak mengahwini orang kaya atau anak orang kaya.

"Bagi Raisyyah, kalau ya pun betul-betul kahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya pun di masa depan, kalau itulah jodoh Raisyyah yang Allah tentukan, Allah rancangkan untuk Raisyyah, siapa Raisyyah untuk mempertikaikan dan menolak jodoh tersebut," ujarnya menerusi rakaman yang dimuatnaik dalam facebooknya.

Tiada ulasan: