Selasa, 8 Julai 2014

Remaja OKU Keluar Hospital Jumaat ini

RAKYATNEWS


alt
 


PUTRAJAYA - Remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai, 21 Jun lepas dibenarkan keluar Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) Jumaat ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata remaja itu akan ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan melalui perintah sementara daripada mahkamah.

"Alhamdulilah tahun ini adik Muhammad Firdaus boleh berhari raya dengan kami selain kami sedang mengesan warisnya yang lain supaya mereka boleh melawat beliau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan di pejabatnya di sini.

Rohani berkata berat Muhammad Firdaus juga kini telah bertambah kepada 17.3 kg berbanding 14 kg ketika ditemui dikurung dahulu.

Tiada ulasan: