Ahad, 13 Julai 2014

Polis kata luka di badan Regina akibat calar

MALAYSIAKINI



 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata siasatan ke atas mayat model sambilan Estonia mendapati luka yang dialami itu adalah kesan lebam dan calar.

Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan Hasnan menyebut, polis bagaimanapun masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat Regina Soosalu, 29, bagi mengesahkan punca sebenar kematiannya.

“Kita masih menunggu keputusan makmal untuk memperolehi jawapan punca kesan lebam dan calar pada mayat mangsa,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Polis semalam menahan Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim untuk membantu siasatan pembunuhan teman wanitanya, model Estonia Regina Soosalu, di Pulau Rawa.

Kerabat diraja berusia 28 tahun itu dilaporkan akan ditahan selama seminggu bersama dengan rakannya yang hanya dikenali sebagai Augustine, 30.

Berikutan itu, tujuh orang telah ditahan dalam siasatan berhubung
kematian model tersebut.

Soosalu pada mulanya dianggap mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai beberapa selepas dia tiba di pulau itu.

Tetapi siasatan dijalankan selepas luka yang mencurigakan ditemui di badannya.

Tiada ulasan: