Selasa, 1 Julai 2014

Polis dedah foto suspek militan

MALAYSIAKINI


 


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis akan menyiarkan gambar individu yang terlibat dalam kegiatan militan malam ini.

Katanya, foto berkenaan akan didedahkan melalui bahagian perhubungan awam Polis Diraja Malaysia.

"Kita akan mengeluarkan lima orang yang dikehendaki. Mungkin kita akan mengedar gambar mereka kepada rakan media," katanya dalam sidang medianya petang ini.

Mengulas mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di Syria, Khalid berkata polis meneruskan pemantauan ke atas suspek yang disyaki terlibat dalam kegiatan seumpama itu.

"Kalau perlu kita tahan, kita akan tahan," katanya.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang bercakap dalam sidang media sama turut mengesahkan bahawa gambar lima individu berkenaan akan didedahkan.

"Lima individu yang dikehendaki akan disiarkan malam ini," kata Zahid.

Turut hadir dalam sidang media sempena majlis berbuka puasa anjuran Kementerian Dalam Negeri di IPK Selangor itu ialah timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Tiada ulasan: