Ahad, 20 Julai 2014

Pihak bertelagah bentuk zon selamat di kawasan nahas

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah Republik Rakyat Donetsk dilaporkan bersetuju membentuk zon selamat di kawasan nahas

Kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah Republik Rakyat Donetsk dilaporkan bersetuju membentuk zon selamat di kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di wilayah Donetsk di timur negara itu.

Laporan Bernama menyebut, duta Ukraine ke Malaysia Ihor V Humenyyi berkata pihak berkuasa negara itu dan kumpulan pemisah – yang menguasai wilayah berkenaan – bersetuju untuk tidak mengadakan pertempuran di kawasan seluas 400 kilometer persegi untuk membolehkan siasatan berjalan.

“Saya pasti segalanya sudah dijalankan untuk memastikan keselamatan pasukan itu,” katanya yang menambah, pihak berkuasa turut mengutamakan pasukan siasatan dari Malaysia.

Katanya, waris mangsa MH17 akan dibawa ke Kharkiv – beberapa ratus kilometer dari kawasan itu – demi menjaga keselamatan mereka.

Para waris itu akan menunggu di situ bagi menunggu hasil operasi mengeluarkan mangsa dan bahan bukti dari kawasan nahas.

Tiada ulasan: