Ahad, 13 Julai 2014

Permohonan sertai KUIS naik 170%, Selangor sedia RM48.5 juta tingkat fasiliti

Oleh: NAZLI IBRAHIM


BANGI,: Bagi memastikan suasana pembelajaran lebih kondusif Kerajaan Selangor menyediakan pinjaman mudah bernilai RM48.5 juta kepada Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Rektor KUIS, Profesor Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata, pinjaman itu digunakan bagi membiayai pembangunan fasiliti baru selaras dengan peningkatan keperluan pelajar kolej universiti itu yang semakin bertambah.

MB berbuka bersama sultan di KUIS (113)a“Antara pembangunan yang bakal dilaksanakan, bangunan akademik bagi menempatkan fakulti baru iaitu Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, perpustakaan, kompleks sukan dan kompleks aktiviti pelajar.

“Ini dapat memberi keselesaan kepada mahasiswa semasa sesi pembelajran, perlaksanaan program dan aktiviti riadah,” kata Dr Halim dalam Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya.

Majlis yang turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu diadakan di Masjid Al-Azhar di KUIS, di sini semalam.

MB berbuka bersama sultan di KUISaJelas Dr Ab Halim, KUIS yang sudah melahirkan lebih 12,000 graduan itu menerima peningkatan 70 peratus pelajar baru bagi sesi pertama tahun ini berbanding sesi sama tahun lalu.

“Jumlah pelajar yang membuat permohonan seramai 12,442 iaitu peningkatan 170 peratus dan ini bermakna, jumlah pelajar KUIS adalah 5565 orang.

“Jumlah ini termasuk pelajar jurusan diploma dan ijazah sarjana muda Tahfiz Al-Quran dan Qiraat seramai 223 orang,” kata Dr Ab Halim lagi.

Sementara dalam majlis yang turut dihadiri DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan berjumlah RM110,500 kepada asnaf fakir dan miskin yang terdiri daripada 221 pelajar KUIS.

Baginda Sultan juga berkenan menyampaikan sumbangan berjumlah RM500 setiap seorang kepada 178 mualaf dari Bangi.EZY

Tiada ulasan: