Rabu, 9 Julai 2014

Namakan saya, kata wanita 21 tahun NZ

MALAYSIAKINI



 


Wanita 21 tahun yang menuduh diplomat Malaysia Muhammad Rizalman Ismail menyerangnya di rumahnya di Wellington, New Zealand bersedia namanya didedahkan kepada umum.

Identiti pengadu dalam kes-kes seksual di negara itu secara automatik dilindungi di negara itu, lapor stuff.com.nz.

“Tetapi di Mahkamah Daerah Wellington hari ini, Judge Bruce Davidson membenarkan permohonan daripada wanita itu – diwakili melalui sebuah stesen TV – untuk penahanan namanya ditarik balik petang ini,” lapor portal itu.

Radio New Zealand juga melaporkan di laman webnya bahawa hakim Davidson berkata, penahanan namanya berakhir pada jam 8.30 petang (waktu tempatan) pada Rabu, apabila beliau mengambil bahagian dalam sebuah rancangan televisyen.

Dalam kes yang mendapat perhatian antarabangsa itu, Rizalman ditahan pada 9 Mei dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya atas dakwaan cuba memecah rumah dan cuba melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita 21 tahun.

Beliau bagaimanapun belum dibicarakan dan dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei selepas pertikaian isu diplomatik, dan mencetuskan kemarahan ramai di New Zealand selama lebih sebulan selepas dilaporkan pada 28 Jun.

Penahanan nama Rizalman ditarik balik selepas Fairfaz Media menang mencabar perkara itu di mahkamah New Zealand, lapor stuff.com.nz.

Tiada ulasan: