Jumaat, 18 Julai 2014

Mungkinkah ia peluru berpandu buatan Russia?

MALAYSIAKINI


 


MH17 Ketika Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia menyalahkan antara satu sama lain berhubung nahas MH17, sistem peluru berpandu canggih telah mendapat perhatian awam - 9K37 Buk buatan Rusia.

Pengesahan bahawa peluru berpandu itu telah digunakan hanya akan diketahui jika ada orang mengaku menembaknya, atau jika penyiasat nahas itu menemui serpihan dan tanda-tanda lain pada serpihan pesawat dan mayat yang ditemui.

Soal penggunaan peluru berpandu itu dibangkitkan sejurus selepas nahas MH17 oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine yang mengatakan bahawa pasukan pro-Rusia telah menggunakan peluru berpandu untuk menembak pesawat.

Bagaimanapun, Republik Rakyat Donetsk menafikan memiliki peluru berpandu tersebut.

Peluru berpandu jarak sederhana dari darat ke udara, seperti Buk, adalah perlu untuk menjatuhkan sebuah pesawat di ketinggian penerbangannya kerana peluru berpandu yang ditembak dari bahu (dikenali sebagai Manpads atau Man-Portable Air Defense System), digemari pemberontak di seluruh dunia kerana mudah dibawa.

MANPADS hanya boleh mengancam keselamatan pesawat komersial semasa berlepas dan mendarat, dan ketika ia terbang rendah dan perlahan.


Versi awal peluru berpandu Buk mempunyai pencapaian ketinggian maksimum 14 kilometer. MH17 dilaporkan terbang pada ketinggian kira-kira 33,000 kaki (9.5 kilometer).

Tiada ulasan: