Khamis, 10 Julai 2014

Melayu ada hak 'cari makan' di paya S'wak

MALAYSIAKINI


 


Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa orang Melayu Sarawak mempunyai hak “cari makan” ke atas tanah paya sekitar kampung mereka, di mana mereka mencari makanan atau menggunakan hasil tanaman daripadanya.

“Kes penanda aras ini sama seperti pemakai medua kepada Dayak Iban,” kata peguam Baru Bian (kanan), yang mewakili Rambli Kawi dalam kes itu.

Ramli menyaman kerajaan Sarawak kerana menolak tuntutan tanah paya yang dianggapnya sebagai tempat 'cari makan' dan 547.49 ekar tanah di Loba Rombongan di Kuching, yang diperolehnya melalui adat tempatan “adat serah”.

Beliau menang kes di Mahkamah Tinggi Kuching tetapi kerajaan Sarawak merayu terhadap keputusan itu.

Dalam kes di Mahkamah Rayuan pada Isnin, tiga hakim dengan keputusan 2-1 menolak rayuan kerajaan terhadap Rambli dan menegaskan keputusan perbicaraan:

  • Bahawa Surat perjanjian menyerah tanah temuda (NCR) bukan perjanjian sewa beli, tetapi suatu bentuk adat serah Melayu, yang diamalkan responden, seorang Melayu Sarawak dan penuntut asal tanah itu.
     
  • Bahwa menurut adat Melayu, pembuka pertama sesuatu kawasan pertanian atau ladang untuk 'cari makan' dan menggunakan tanah untuk ikhtiar hidup, mempunyai hak terhadap tanah itu.

Tiada ulasan: