Selasa, 8 Julai 2014

Media rasmi S'gor tonjol sokongan pada MB

MALAYSIAKINI


 


Media rasmi kerajaan Selangor, Selangorkini menonjolkan dakwaan bahawa usaha untuk menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menyebabkan Pakatan Rakyat kecundang dalam pilihan raya umum akan datang di Selangor.

Laporan itu memetik kenyataan rambang beberapa orang pengguna Facebook yang turut membayangkan bahawa Khalid masih mendapat sokongan untuk terus menerajui pentadbiran Selangor.

Individu berkenaan, yang tidak dapat dikenalpasti kewibawaannya, didakwa turut mengancam untuk “menghukum” Pakatan dalam pilihan raya umum ke-14.

Antaranya, seorang individu dengan nama Posmen Hensem, didakwa sebagi “anak jati Selangor” yang memberi amaran pada Pakatan agar tidak mengamalakan “politik kotor” seperti BN.

“Kamu apa-apakan Menteri Besar Selangor, kami anak jati Selangor akan ajar kamu dalam pilihan raya nanti. Jangan amal politik kotor, Aku tujukan kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat. Ini janji.

“Jika Tan Sri Khalid digugurkan, maka harapan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya bakal hancur,” kata individu tersebut seperti dipetik dalam laporan itu.

Laporan itu muncul susulan sebaran khabar angin bahawa Khalid akan menghadap Sultan Selangor untuk menyerah surat peletakan jawatan.

Desas desus tersebut, yang tersebar di kalangan petugas media menyebabkan golongan tersebut bergegas ke Istana untuk mendapatkan pengesahan.

Khalid turut menafikan khabar angin bahawa beliau akan meletak jawatan

Tiada ulasan: