MALAYSIAKINI
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertekad untuk kekal menerajui Selangor sehingga pilihan raya umum akan datang.
Katanya, beliau mahu mengambil masa bagi menunaikan janji kepada rakyat
Selangor, yang memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat dalam
pilihan raya umum lalu.
"Ini bulan Ramadhan. Saya dah nyatakan dulu yang saya mahu kekal sampai
tamat penggal saya sepertimana saya janjikan kepada rakyat Selangor.
"Saya telah mengangkat sumpah untuk menguruskan negeri ini sehingga
pilihan raya akan datang," kata beliau dalam sidang media selepas
mesyuarat exco Selangor hari ini.
Katanya lagi, beliau tidak gusar dengan tekanan ke atasnya agar berundur dari jawatan tersebut.
"Saya dah biasa dengan tekanan ini," kata beliau ketika ditanya lanjut
mengenai kritikan yang timbul ke atas pentadbirannya, termasuk dari
rakan sekutu dan pemimpin partinya sendiri.
Malah, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengakui bahawa
parti itu sedang meneliti isu berhubung kedudukan Khalid sebagai menteri
besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan