Isnin, 14 Julai 2014

Keluarga TBH: Kepada tuhan kami berserah

MALAYSIAKINI



 


Selepas lima tahun mencari jawapan, keluarga kepada pembantu anggota parlimen DAP Teoh Beng Hock yang meninggal ketika dalam tahanan, kita hanya berharap kepada campur tangan ilahi.

“Kami harap tuhan akan memerhati dan memastikan sistem perundangan memberikan penghakiman adil kepada kami,” kata Teoh Lee Lan dalam ucapan di perkuburan mendiang di Semenyih, Selangor hari ini.

Lee Lan merujuk kepada rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan untuk mencabar keputusan terbuka di mahkamah koroner dalam inkues kematian abangnya.

Keluarganya mahu koroner memutuskan terdapat perbuatan khianat dalam kes yang menyaksikan mayat Beng Hock terlantar di luar bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam selepas disoal-siasat.

Dengan keputusan itu, mereka berharap polis akan membuka semula kes yang mencuri perhatian meluas rakyat Malaysia itu.

“Sudah lima tahun sejak Beng Hock diambil daripada kami dan kebenaran di sebaliknya masih belum tersingkap, keadilan belum ditunaikan,” katanya, yang seperti selalu, bergenang air mata.

Beliau juga menceritakan keadaan anak Beng Hock yang masih di dalam janin ibunya ketika bapanya meninggal dunia di usia 30 tahun.

“Kami sudah terlepas banyak tentang Er Jia. Ketika dia belajar merangkak, berjalan, bercakap, membaca, melukis dan berkata mama dan papa.

“Di matanya, kami sentiasa berpakaian hitam,” katanya, merujuk kepada potret Beng Hock yang kini diabadikan sebagai bahan kempen, semua dalam hitam putih.

Tiada ulasan: