Ahad, 27 Julai 2014

Isu MB Selangor: Abdul Khalid hargai sokongan Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan

SELANGOR KINI

 

SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan terima kasih sokongan dan pencerahan diberikan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob yang juga merupakan Menteri Besar Negeri Kelantan dalam isu Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid berkata beliau berjanji sempena akhir Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang, beliau akan memastikan pentadbiran Kerajaan Selangor diurus dengan sebaik-baiknya.

nik aziz speech 02Katanya, ia sebagaimana mandat diberikan rakyat sejak 2008 dan akan meneruskan kecemerlangan Selangor agar pentadbiran di negeri ini memperoleh keberkatan Allah SWT.

“Saya memohon maaf kerana isu di Selangor ini secara langsung atau tidak langsung telah memberi kesan kepada rutin mereka khususnya di 10 hari terakhir Ramadan yang kebiasaannya diisi dengan urusan ibadah, namun terpaksa disulami dengan kemelut politik pula.

“Saya juga memohon maaf kepada rakyat Selangor khususnya yang beragama Islam kerana isu yang disensasikan di bulan yang mulia ini sedikit sebanyak telah mengheret mereka untuk turut resah dan keliru atas polemik yang berlaku,” kata Abdul Khalid.  EZY

Tiada ulasan: