Ahad, 20 Julai 2014

Gambar tunjukkan peluru berpandu dibawa ke Rusia

MALAYSIAKINI


 


Ukraine mendakwa pasukan antirisikan asingnya mempunyai bukti bergambar yang menunjukkan pasukan pemisah yang disoko9ng Rusia sebagai pihak bertanggungjawab dalam insiden MH17.

Ketua perkhidmatan keselamatan jabatan kaunterintelijennya Vitaliy Nayda mendakwa gambar menunjukkan dua sistem peluru berpandu BUK-M1 daripada Ukraine menyeberangi ke Rusia pada 2 pagi (waktu Ukraine) pada 18 Jun – sehari selepas MH17 ditembak.

“Satu daripadanya mempunyai set penuh empat peluru berpandu, selainnya – tiga peluru berpandu,” katanya.

Menurut laporan Pusat Media Krisis Ukraine malam tadi, ia merupakan usaha puak pemisah untuk mengelakkan daripada dikesan.

Nayda berkata, tiga BUK-M1 buatan Rusia ditempatkan di wilayah Ukraine yang dikawal kumpulan pemisah ketika pesawat MH17 terhempas.

Tiada ulasan: